PRAKTIKUM

Suasana di dewan sunyi sepi,yang kedengaran hanya bunyi kipas berputar dengan lajunya seperti mana lajunya jantungku yang berdenyut.Pelajar-pelajar kelihatan menundukan kepala mereka umpama gadis yang sangat malu ketika menerima lamaran dari seorang jejaka.Tapi di satu sudut aku lihat seorang pelajar cina mengangguk-angguk kepalanya.Aku tidak pasti dia memahami apa yang dibacanya .Sesekali aku melihat ia begitu gelisah.Di sudut kanan dewan kelihatan seorang guru praktikum memerhati pelajar-pelajarnya dengan tekun. Kemudian dia duduk disebelah kananku. Ketika itu anak-anak muridku yang nakal mendengarkan suara batukkan mengada-ngada mereka. Ehem..eham..ehuk..dan macam-macam lagi. Aku faham maksud batukkan itu kerana mereka sering begitu apabila melihat guru-guru praktikum yang cantik mengajar mereka. Apa lagi apabila guru itu berada disamping guru lelaki yang macho seperti aku ini…hehehe..!!perasan pulak aku ni. Itulah pelajar aku..,kadang-kadang aku naik geram juga dibuatnya. Ahhh..!!! tak apalah..itu namanya budak-budak. Tapi guru praktikum yang duduk disebelah aku ni memang cantik pun.Apa boleh buat mungkin sudah berpunya..maklumlah orang cantik tentu cepat memiliki teman lelaki. Ishh..kalau aku sebaya dengannya sudah tentu aku melamarnya.Aku akan cakap macam ni…” Assalamulaikum…em!!!awak ni cantiklah…saya sebenarnya minat kat awak tau..boleh kita berkenalan..,,hehhehe!!!! Itu stail lama.Ya lah bukankah aku orang lama.Maksudku lama tapi masih gantang..!!.Sedang aku menghentak-hentak punat notebook aku ni…guru praktikum mula sedar aku sedang menulis sesuatu tentang dirinya.Lantas diapun bangun..”Ishhh cikgu ni..”.Akupun suspen juga takut dia marah..nanti jadi fitnah lagi .Teruklah aku kali ini.Harapan aku supaya tidak begitu. Pada saat itu aku mula menyelami hatiku yang sebenarnya.Aku sudah pasti,memang aku meminatinya.Sesekali aku juga membayangkan ,bagaimana agaknya jika dia menjadi kekasih hati. “hehehe..lucu dan sangat lucu..!!!mana mungkin wahai diri. Kau tahu sebab apa..??sebab dia masih muda,cantik,bergaya…sedangkan engkau sudah menjangkau empat puluh lapan tahun. Kenapa pula mana mungkin, orang yang lebih tua dari aku ramai yang kahwin muda malah ada yang berumur tujuh puluh tahun berkahwin dengan anak dara tujuh belas tahun, aku baru empat puluh lapan tahun dan tak salah kalau aku memiliki isteri dua puluh empat tahun.Cuba tengok penyanyi tu..Salleh Yaakob, kau tahu umur dia berapa?? Lima puluh empat tahun !!!!,dan isteri keempat dia berumur dua puluh empat tahun tahu….,malah pelajar IPT lagi.Oleh kerana itu aku yakin bahawa aku masih boleh memilikinya”. “Persoalan keduanya; dia hendak ke menjadi isteri saya??.Tak tahulah…rasa malupun ada,rasa mahu lebih-lebih lagi.Perkara yang paling aku bimbang ialah dia tak boleh menerima aku dan paling parak lagi dia akan mencemuh ,menghina dan mengeji aku.Sebab dia cantik,banyak pilihan tau…, huh..!!.Apa dan bagaimana aku nak mulakan ye??.

MEGHOYAN MENYASAU

Suasana pagi ini suram tapi nyaman.Sekolah baru memulakan sesi pembelajaran selepas seminggu tahun baru cina.Pada perhimpunan pagi tadi ada majlis menyambut ketibaan pengetua baru di sekolah.Sewaktu di tapak perhimpunan aku melihat ramai pelajar tiada..mungkin mereka menyambung cuti tahun baru cina ..bisik hatiku.Selesai segala majlis pelajar berarak ke kelas masing-masing..aku melangkah ke tingkatan 3 Hemah.Setibanya aku di pintu kelas hatiku berbisik lagi.."kotornya kelas ni..!!"."Kenapa kelas ni kotor sangat..siapa bertugas hari ini,tolong sapu cepat",bentak suara ku sedikit keras .Tiga orang pelajar cina menuju kearah jadual bertugas..berjalan seperti kura-kura..!! bisik hatiku."Sudah masuk bulan dua,tugas sendiripun mereka masih tak ingat..teruk betullll...jerit hatiku"."Cikgu, kami mahu cari penyapu..boleh ka?,Aku hanya menganggukkan kepala tanda bersetuju tapi hati aku bersuara lagi.."penyapu baru nak cari..ya Allah ,kenapalah bebudak ni..!!!

Thursday, April 14, 2011

Kepompong Busuk

Suasana hari ini agak muram,sepertimana muramnya hati aku ni.Sebab apa hati aku muram..tentu kau orang nak tahukan..sebab aku rasa manusia sekarang memang tak adil,sombong,bongkak dan mereka hanya tahu melihat kesalahan orang lain seperti kata pepatah "Gajah depan mata tak nampak tapi kuman diseberang lautan nampak".Ceritanya bermula di sekolah..macam biasalah jika bulan mac dan april ni musim sukan daerah dan negeri untuk pelajar-pelajar...ramai pelajar keluar untuk aktiviti berkenaan dan ramai juga guru yang pergi mengiringi pelajar.Aku bengang tu bukan sebab apa..asyik-asyik guru yang sama sahaja perginya.....

No comments:

Post a Comment